Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-54 yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada 14 hingga 16 Mei 2025, berjaya mencatatkan kejayaan cemerlang dengan tema “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”. Tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Yayasan Didik Negara, dan semua pihak yang terlibat. Acara ini tidak hanya merayakan jasa pendidik, tetapi juga mengiktiraf peranan mereka dalam reformasi pendidikan negara. Antara tarikan utama adalah booth Yayasan Didik Negara yang mempamerkan platform DIDIKSchool2u, Didik Tab DT24, dan sudut robotik interaktif yang mengujakan pengunjung. Terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan hebat ini!

News
Pengumuman Rasmi Pendaftaran Cap Dagangan
Kami ingin berkongsi khabar gembira ini bersama anda semua! Permohonan pendaftaran cap dagangan telah berjaya didaftarkan dan dimasukkan ke dalam Daftar Cap Dagangan pada 17


