Pelancaran Rasmi Platform DIDIKSchool2U & Inisiatif CSR untuk murid SK Seri Tasek

Share This Post

🎉✨ Pelancaran Rasmi Platform DIDIKSchool2U & Inisiatif CSR untuk murid SK Seri Tasek! ✨🎉
Kami ingin berkongsi berita gembira ini bersama anda semua! Hari ini menandakan satu langkah penting dalam usaha memperkasakan pendidikan dengan pelancaran DIDIKSchool2U (school2u.my), sebuah platform yang memberikan pembelajaran yang lebih mudah diakses dan bermakna kepada murid di seluruh negara.
 
Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, kami dengan bangga menyerahkan 247 set keperluan sekolah kepada murid-murid CSR di SK Seri Tasek. Sumbangan ini bertujuan membantu mereka memulakan sesi persekolahan dengan semangat dan kelengkapan yang mencukupi. Kami percaya bahawa pendidikan berkualiti haruslah menjadi hak semua, tanpa mengira latar belakang. 📚✏️🎒
 
Jutaan terima kasih atas kerjasama dan sokongan padu daripada DGI Era dan GD Express Sdn Bhd, yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini. Kami juga ingin merakamkan penghargaan yang mendalam kepada Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek Fadhlina Sidek, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Yayasan Didik Negara, guru-guru berdedikasi dari SK Seri Tasek dan murid-murid yang turut hadir dan memberikan sokongan luar biasa. Kami sangat menghargai usaha dan komitmen anda semua.
Kami percaya, dengan usaha berterusan, kita dapat membina masa depan yang lebih cerah dan sejahtera untuk semua.🌟

More To Explore

Uncategorized

Launch of DIDIKSchool2U

Throwback to the Launch of DIDIKSchool2U & Our CSR Initiative!  On 17th January 2025 , we celebrated a major milestone in education with the official

Scroll to Top