Tahniah diucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atas kejayaan menganjurkan Majlis Pelancaran Gerakan Massa: #TerimaKasihCikgu Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang telah berlangsung dengan meriah di AEON Mall Taiping pada 12–13 April 2025! Majlis dirasmikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, yang menekankan pentingnya gerakan ini sebagai wadah kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan. Beliau turut menyeru warga pendidikan agar terus menyokong agenda reformasi pendidikan negara. Pada majlis ini juga, tema sambutan Hari Guru 2025 telah diumumkan: “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”. DIDIKSchool2U dan Yayasan Didik Negara berbangga menjadi sebahagian daripada acara bermakna ini!

News
Pengumuman Rasmi Pendaftaran Cap Dagangan
Kami ingin berkongsi khabar gembira ini bersama anda semua! Permohonan pendaftaran cap dagangan telah berjaya didaftarkan dan dimasukkan ke dalam Daftar Cap Dagangan pada 17


