Kami ingin berkongsi khabar gembira ini bersama anda semua!
Permohonan pendaftaran cap dagangan telah berjaya didaftarkan dan dimasukkan ke dalam Daftar Cap Dagangan pada 17 November 2025, menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan dan perkembangan jenama kami.
Pendaftaran ini merupakan langkah rasmi dalam melindungi identiti, kredibiliti dan nilai jenama, sekali gus mengukuhkan komitmen kami terhadap kualiti serta kepercayaan pengguna.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat sepanjang proses ini. Kami percaya pencapaian ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan dan kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. 🌟



