Cabutan Bertuah Kembali ke Sekolah 2025

Share This Post

Program Cabutan Bertuah: Kembali ke Sekolah 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 19 Jun 2025 di SK Setia Alam.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, En. Mohd Salahuddin bin Nayan, bersama wakil rasmi dari Yayasan Didik Negara, En. Eqkhwan bin Nor Azmin. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas kesudian mereka hadir dan menyokong penganjuran program ini.

Program ini dimeriahkan lagi dengan pelbagai pengisian menarik, termasuk aktiviti “Packing Race” yang melibatkan para murid. Aktiviti ini bukan sahaja menceriakan suasana, malah menggalakkan kerjasama, kepantasan dan semangat berpasukan dalam kalangan pelajar.

Sambutan daripada guru, staf, dan murid-murid amat memberangsangkan, dan semangat yang ditunjukkan mencerminkan kekuatan jalinan komuniti di sekolah ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Cabutan Bertuah! Semoga hadiah yang diterima menjadi pembakar semangat untuk menghadapi sesi persekolahan yang akan datang dengan lebih yakin dan gembira.

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga ia menjadi pemula kepada lebih banyak inisiatif yang bermanfaat dan mempereratkan hubungan antara warga sekolah dan komuniti.

More To Explore

Uncategorized

Cabutan Bertuah Kembali ke Sekolah 2025

Program Cabutan Bertuah: Kembali ke Sekolah 2025 telah berlangsung dengan meriah pada 19 Jun 2025 di SK Setia Alam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan

Scroll to Top